• If your have CLUB EVENTS/RIDE & would like to announce it here,
    Message traxxas-modifier about it :-)

Peragut Di Ampang Jaya

EJspeedo

New Member
Semalam (07/04/2015) saya baru lepas diragut di Petronas Ampang Jaya (sebelah McD dan Kayu Nasi Kandar)

Ya, saya lelaki, dan waktu kejadian baru pukul 9.30 malam (masih ramai orang di Petronas tersebut). Pertama kali terjadi pada saya selama hidup 26 tahun ni.

Saya bercadang untuk lepak bersama rakan di Kayu Nasi Kandar tersebut selepas pulang dari pejabat di Jalan Ampang, tetapi semasa sampai di Petronas tersebut dalam pukul 9.15, rakan saya masih belum tiba.

Pukul 9.30, saya cuba untuk menghubungi rakan saya, tiba2 tanpa disedari iPhone 6 64gb Gold yang baru sahaja saya beli minggu lepas berharga RM3,000 +- hilang diragut penyamun malaun tersebut. (Sedih sangat)

Orang memang ramai, tapi semua macam terpinga-pinga dan tergamam bila saya meminta tolong dan menjerit ke arah penyamun yang baru meragut telefon bimbit saya.

Paling menyedihkan, ada seorang pakcik menaiki motosikal yang baru sampai untuk mengisi minyak, saya cuba untuk meminta tolong dia supaya meminjamkan saya motor untuk mengejar penyamun tersebut, tetapi apa pakcik tu cakap?

"Eh, tak boleh! tak boleh!" Ok, saya terkejut dgn jawapan dia walaupun dia nampak yg penyamun tu baru je meragut saya.

Takpe, saya faham, dia takut saya bawak lari motor dia pulak kot. Tapi memang terlalu ramai orang kat kawasan tu, yelah baru pukul 9 malam dan di kawasan terbuka (Petronas station)

Penyamun tersebut memakai MOTOR LC 135 4S V2 BERWARNA BIRU, tapi saya tak dapat nak cam no plate disebabkan tiada lampu depan dan belakang dan dia memakai jaket dan bertopi keledar. (Mungkin dah biasa buat kerja2 terkutuk macam ni)

Saya cuba nak tengok cctv di Petronas tersebut, tetapi gagal disebabkan perlunya salinan repot polis. Sampai je di IPD Ampang, pegawai yang bertugas, SJN SHUKRI mengatakan ada 1 kes yg sama macam saya baru berlaku sebelum kes saya berlaku.

Kes tersebut melibatkan seorang DATO yang diragut telefon bimbitnya di KPJ Ampang (Belakang Petronas Ampang Jaya) tempat saya diragut.

Sarjan tersebut membuat andaian yang mungkin orang sama yang melakukan jenayah terkutuk ni.

Kalau ada rezeki, dapatlah balik telefon saya tu. Kalau tak dapat, saya anggap tiada rezeki saya ataupun Allah ingin menggantikan ia dengan yang lebih baik. Saya redha.

Tapi tujuan saya tulis kat thread ni bukan nak story sgt pasal cerita saya ni, tapi just nak bagitau dekat geng2 di sini supaya lebih berhati2 walaupun tempat tu tempat public dan ramai orang di sekeliling. Sebab kalau dah terjadi benda2 macam ni, semua jadi tergamam dan mungkin tak sempat nak membantu.

:( :( :(
 
Top